Monday, November 30, 2009

madu? honey?

itulah dia,
cinta tidak buta, tahu?
tapi cinta tidak boleh melihat.
saya ada menonton sebuah cerita ini.
buat scandal banyak-banyak.
lepas tu dia bunuh perempuan itu
apabila perempuan itu mahu bagitahu isterinya.
bodoh kan?
em, dua dua pun bodoh.

perempuan; siapa suruh buat scandal dengan orang yang sudah beristeri?
lelaki ; apa? ingat perempuan itu teddy bear awak ke?

yang kasihan si isteri la.

ada pula yang selalu nak kahwin 2,3,4. sepuluh pun ada tahu?
haissho.

eh lelaki.
kahwin itu susah tahu. memang la ada saja yang rasa boring tapi,
itu lah hakikatnya. kamu kena lah tanggung isteri dan anak-anak.
ingat. kalau kahwin 2,3,4 dah menganggung beban yang berganda.
menyusahkan. sayangilah isteri anda walau apa jua keadaan sekali pun.
ingat la. sayangi orang yang kita sayang selagi mereka ada. jangan tinggalkan
mereka untuk orang yang kamu suka, kerana orang yang kamu suka akan tinggalkan
kamu untuk orang yang mereka sayang la. faham itu?

ada juga orang kata kalau perempuan bagi suami kahwin lain nanti akan dikurniakan payung emas di akhirat. tapi, kaum hawa. ingat ini. jangan biarkan lelaki-lelaki menipu anda dengan kata-kata itu. kerana mereka hanya mahu mengikut nafsu sendiri. tak baik itu.

kepada sesiapa yang bercadang untuk berkahwin banyak, ingatlah. ini bukan cerita di alam fantasi, tapi kamu berpijak di bumi yang nyata. silap langkah, semua pun merana. faham itu?

adakalnya, orang salahkan perempuan yang menjadi orang ketiga.
untuk perempuan itu. ada hati kata ,"saya tak nak bermadu". hekk mu.
gedik. eh, pegilah kamu mencari orang yang lebih ideal. sesungguhnya, merampas kebahagiaan orang itu sesuatu yang berdosa. faham?

akhir kata. wahai penduduk dunia. marilah bersama-sama menentang gejala ini kerana ini akan merugikan diri anda sendiri.

kepada sesiapa yang terasa, biarlah. saya tidak kisah.

koma,
ALIAH.

No comments:

Post a Comment